1.
Kesusasteraan dan Kesenian
Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.
Terdapat
pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga
fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305
buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara
zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh
(770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM)
di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan
muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua
diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.
Perbezaan
prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis
iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose),
rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau
dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi
sosial dan politik.
Penyair Dinasti Tang yang terkenal - Li Bai
Drama
cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368).
Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang
digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan.
Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan
perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan
(ketidakadilan Yuan).
Menjelang
lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan
kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran
rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan
nilai-nilai moral dan etika.
Tamadun
cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik,
kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam
tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat
yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan.
Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan
di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8,
kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina
terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.
Alat muzik Cina
Kaligrafi
merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam
tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan
kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk
tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni
lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan
seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada
dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi
(menggunakan garis halus).
Kaligrafi Cina
Perkataan tersebut ialah "buku".
Rujukan:
1. http://s4g09jeooi-ppc.blogs.smjk.edu.my/tamadun-china-118-3/2. http://titas-hty.blogspot.com/2012/04/kesenian-cina.html
3. http://www.youtube.com/watch?v=H_ehprPIFc4
No comments:
Post a Comment