2014-09-16

Sistem Pendidikan Tamadun China

1. Latar belakang sistem pendidikan China
• Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual.
• Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok.
• Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah.
• Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.
• Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
• Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan.
• Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan.
• Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah.
• Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan.
• Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat.
• Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.
• Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.
• Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.

Matlamat sistem pendidikan tamadun China
1. Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara
• Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara.
• Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan.
• Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
• Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry).
• Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan kerajaannya.

2. Peperiksaan awam
• Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan.
• Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.
• Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China.
• Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.
- Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.
• Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
• Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan.
• Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.
• Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek)

3. Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan
• Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan.
• Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books.
• Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals).
• The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius.

4. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah)
• Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini.
• Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or man).
• Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.
• Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.

5. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi)
• Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan.
• Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah.
• Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

6. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China
- Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.

                              Keadaan semasa peperiksaan awam dijalankan di China
                                   Ada orang yang masih sedang menulis jawapan, 
              ada orang yang sudah menyiapkan kertas jawapannya dan ingin menghantar.

Kesimpulannya, matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial).

Rujukan:

Sumbangan Tamadun China

1. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.

Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.

Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik.

                                       Penyair Dinasti Tang yang terkenal - Li Bai

Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan).

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.

Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.

                                           
                                                                  Alat muzik Cina

Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).



                                                               Kaligrafi Cina
                                                 Perkataan tersebut ialah "buku".

Rujukan:
1. http://s4g09jeooi-ppc.blogs.smjk.edu.my/tamadun-china-118-3/
2. http://titas-hty.blogspot.com/2012/04/kesenian-cina.html
3. http://www.youtube.com/watch?v=H_ehprPIFc4 

Empat Ciptaan Hebat Cina Purba

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Ciptaan ini dirayaikan dalam Kebudayaan Cina menunjukkan kepentingan sejarah mereka dan sebagai tanda-tanda kemajuan sains dan teknologi Cina dan penyumbangan kepada dunia yang telah kesan dengan hebatnya pada tamaun manusia dan perkembnagan oleh orang. 

Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.
                                                                  Kompas

Kertas

Rujukan: